PERTANDINGAN FUTSAL TIMB.PENGARAH 09'

Program "Sayengi Sek-sek Kito"-Dakwah Lapangan Masyarakat.

Program "Sayengi Sek-sek Kito"-program Daie Turun Ke Lapangan Masyarakat
Lokasi : KB MALL Kota Bharu
Tarikh : 15 Disember (Selasa)
Masa : bermula kumpul jam 8 pagi (datang awal sebab nak briefing program )
Anjuran: segolongan manusia yang ingin menggerakkan dakwah kepada anak-anak muda yang jauh dari bi'ah solehah . Sang daie turun ke lapangan sebagai sebahagian daripada dakwah fardhiah kita. Kami tidak terikat kepada mana-mana organisasi atau pertubuhan , tetapi bergerak dengan inisiatif sendiri.
Bayaran : Infaq (untuk fotostat bahan-bahan edaran)
Cara pengoperasian : Mengedarkan risalah berkenaan dengan bahaya zina, couple, hiburan melampau , tutup aurat dsb kepada golongan sasar di KB Mall. Kita juga akan mengedarkan borang survey untuk diisi oleh pengunjung di sana
Target peserta (pendakwah) : Orang suka menginfakkan sebahagian masa ke jalan Allah . Rela menginfakkan wang untuk ke program ini (kenderaan , minyak , fotostat , makan minum sendiri dan kredit hand phone). Diberi penekanan kepada peserta-peserta daripada Institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi (IPT) . Yang sudah bekerja amat dialu-alukan.
*teks asal dari http://deafeningsilent.blogspot.com/2009/12/program-sayengi-sek-sek-kito-dakwah.html
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Akh Zhaf (019-4554508) dan Ukht Afifah (013-6104964)
Dari sahabat perjuangan menuju ke semua daie serata tempat,ke seluruh pelusuk tanah,ana mempersilakan antum&antunna menyebarkan salah satu inisiatif para pemuda dalam melahirkan generasi al-fateh yang ke-2.
#INSYAALLAH BAKAL LAHIR GENERASI AL-FATEH YANG KE-2."
"YOUTH LEADERSHIP""ISLAMIC LEADERSHIP" FOR ALL PEOPLE IN MALAYSIA.
"EMPAYAR BLOGGER"
بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته,
الحمد الله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين.
Salam 1 islam ,salam sejahtera,salam persahabatan dan salam 1 malaysia kepada semua pengunjung blog ini.Alhamdulillah di beri kesempatan masa dan tenaga kepada saya untuk kembali mengisi ruangan-ruangan yang terluang dalam blog ini.
Kebelakangan ini.saya melihat banyak impak dan kesan positif mahu pun negatife ke atas masyarakat Malaysia dengan terwujudnya “empayar blogger”.ada yang persendirian.ada yang berkumpulan,ada yang bisnes,ada yang pendidikan,ada yang berpegaruh.ada juga yang di”biayai” oleh pihak-pihak tertentu.macam-macam ada bak kata pak astro dahulu.sehingga kan para pemimpin kita sanggup menjunamkan diri mereka untuk sama-sama berada dalam darjat kedudukan “empayar blogger” sama ada pemimpin barisan nasional mahu pun dari pakatan rakyat sendiri sanggup memiliki blog sendiri walaupun mereka tidak mempunyai masa banyak seperti blogger-blogger yang lain.Antaranya ialah :
http://anwaribrahimblog.ccomom/
http://www.1malaysia..my/
Persoalannya :
Apa yang menyebabkan mereka(pemimpin) mahu pun masyarakat ingin memiliki dan memasuki dalam golongan “empayar blogger” ?.
Apakah pemimpin-pemimpin muda di peringkat universiti melibatkan diri dalam golongan “empayar blogger”?
Apakah keuntungan yang dapat dalam melibatkan diri ke dalam golongan “empayar blogger”?
Apakah maklumat yang kita ingin sampaikan dalam ruangan “empayar blogger” akan dapat menarik perhatian orang ramai?
Apakah dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat dan pemimpin dengan apa yang di sampaikan dalam ruangan “empayar blogger”?
Apakah akan berubah pemikiran dan pemilihan masyarakat dalam kehidupan mereka jika terlibat dalam “empayar blogger”?
Apakah dapat mempengaruhi pemikiran pemimpin dan mahasiswa di peringkat universiti dengan membenarkan mereka memenuhi ruangan”empayar blogger”?
Apakah penilaian pemilihan mahasiswa akan berubah dalam memilih laluan kehidupan mereka dengan beraneka pengetahuan terkini dalam ruangan “empayar blogger”?
Apakah pemerhatian masyarakat terutama mahasiswa akan berubah terhadap landskap politik Negara dengan pelbagai maklumat yang memenuhi ruangan “empayar blogger”?
Apakah akan berubah kondisi pemerintahan Negara,dasar pemerintah ,pendekatan pemerintah dengan berjuta-juta pandangan,kritikan,nasihat dalam ruangan “empayar blogger” terutama blog milik para pemimpin?
Apakah mengugat atau menjamin keselamatan Negara.para pemimpin kerajaan,keamanan masyarakat dan Negara,survival sesebuah parti apabila masyarakat dan mahasiswa menyertai golongan “empayar blogger”?
Apakah dakwah islam,pemikiran islam,syariah islam,perundangan islam,pemerintahan islam akan berlangsung dan mengganti akan semua sekularisme.nasionalisme.kronisme,money politicisme jika semua masyarakat dan terutamanya mahasiswa mengikuti dan melibatkan diri dalam golongan “empayar blogger”?
Ya,tertanya-tanya para pengunjung blog ini,kenapa banyak sangat soalan yang dimainkan oleh saya tetapi tidak disertakan jawapannya sekali.Jawapannya terpulang kepada diri masing-masing.sama ada kita mahu bersuka ria atau ingin mengubah diri kita dan masyarakat keseluruhannya.
Sebagaimana firman allah a’zza wa jalla di dalam surah ar-Rad : 11,
انّ الله لا يغيّر ما بقوم حتّى يغيّروا ما بانفسهم.....(الرعد : 11)
“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”
Dan ingatlah para “empayar blogger” akan perintah dan amaran allah dalam al-quran al-karim :
ان احسنتم احسنتم لانفسكم , وان اسأتم فلها....(الاسراء :8)
"Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri"
Sekian,
Syukran.
Assalamualaikum...kaifahalukum..?sudah lama penulis tidak menjenguk akan blog ini..terasa mahu melakar beberapa pendapat tapi kekangan waktu dan juga kekurangan kemahiran menulis menambahkan lagi"kekemalasan" ini..namun begitu masa yang terluang dalam perjalanan mengikuti majlis penyerahan watikah perlantikan Ahli JIK dan JTK dan majlis berbuka puasa bersama TNC HEPA,Ybhg.Profesor Madya Dr.Azarae Hj.Idris pada malam nie (28 ogos 2009)...untuk makluman pembaca,penulis juga bersama setiausaha JTK,akan berada di UMKL selama 2 hari dan insyaallah akan sampai ke UMNP pada pagi ahad. Sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini,hati yang ingin melakar beberapa linkungan pemikiran penulis semakin bersemangat..ditanbah pula akan dorongan sahabat-sahabat perjuangan..Alhamdulillah,kedatangan ramadhan ini membuatkan penulis terharu akan perasaan ramadhan..ya,semakin bertambah umur ini,dugaan&kenangan dalam memegang amanah ini bersama ANDA SEMUA menyebabkan ALLAH mendatangkan rasa keinsafan dalam diri ini. Namun tidak ketinggalan penulis akan melakar sedikit coretan untuk pengisian minda kita
.
Kedatangan Ramadhan Mubarak ini membuat penulis ingin menkoreksi diri akan apa perlakuan kita di bulan-bulan sebelum ramadhan ini.Hidup anda di saat ini adalah diantara kelmarin dan hari mendatang. Jadi, segala yang telah berlalu boleh ditebus dengan Taubah (taubat), nadam (penyesalan) dan istighfar (meminta keampunan dari Allah). Dan ianya tidak akan memenatkan diri anda walaupun anda penat kan berpuasa ataupun dalam pengkerjaan anda, dan tidak memerlukan anda berhempas pulas seperti halnya jika anda seorang buruh kasar. Malah ianya adalah perbuatan hati. Oleh itu, untuk masa hadapan, (ia boleh di perbetulkan) dengan melindungi diri dari dosa iaitu mencegah daripada melakukan perbuatan maksiat. Melindungi diri ini hanyalah dengan meninggalkan (perbuatan dosa itu) dan berasa selesa tanpanya. Ini juga bukan perbuatan tubuh anda, yg memerlukan anda berusaha dan berhempas pulas. Malah ia adalah keteguhan pendirian dan niat di hati. Jadi untuk segala yang telah berlalu, betulkanlah dengan taubat. Dan untuk hari mendatang, betulkanlah ia dengan meneguhkan pendirian dan niat. Kedua duanya tidak mengenakan sebarang kesusahan dan keletihan pada tubuh.Mahu pun bayaran yang amat tinggi sebagaimana anda ingin menbeli sebuah kereta
Tetapi perhatian/ tumpun utama anda harus ditumpukan kepada masa kehidupan anda di saat ini - masa diantara dua masa. Jika anda membazirkannya, maka anda telah melepaskan peluang untuk menjadi dikalangan mereka yang beruntung,diselamatkan an alan ditempaykan di martabat yang terbaik. Jika anda menelitinya, setelah memerhatikan kedua dua masa tadi - masa yg sebelum dan selepas saat ini, seperti yg telah kita bicarakan - maka anda akan menjadi seorang yg berjaya dan anda akan mencapai kerehatan, kegembiraan dan nikmat yang kekal abadi. Tetapi, menjaganya lebih susah dari apa yg telah berlalu dari nya dan yg akan datang kemudian, kerana menjaganya memerlukan anda meletakkan hidup anda kepada perkara yang paling layak dan bermanfaat utk ruh & tubuh anda, dan itulah yg akan membawa anda kepada kejayaan.Yang pastinya.penulis dan semua para penbaca blog penulis ini akan mengharungi akan kesusahan dahulu sebelum mendapa akan kenikmatanNya.
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan,"kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji..?.Al-Ankabut : 2
Dan barang siapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. Al Ankabut : 6
Semoga Ramadhan kali mendatangkan peluang dan kesempatan bagi kita yang memang telah dijanjikan akan kemulian dan kelebihannya..Terpulang pada kemahuan hati kita samaada ingin merebut ataupun tidak.Pepatah Melayu pernah menyebut..Hendak Seribu Daya,Tak Nak seribu Dalih.
Wallahuallam.




