Latest News
Related Posts with Thumbnails
Posted by an-nasr-as-solihin (ANAS) on Khamis, 27 Ogos 2009 , under , , | ulasan (0)



Assalamualaikum...kaifahalukum..?sudah lama penulis tidak menjenguk akan blog ini..terasa mahu melakar beberapa pendapat tapi kekangan waktu dan juga kekurangan kemahiran menulis menambahkan lagi"kekemalasan" ini..namun begitu masa yang terluang dalam perjalanan mengikuti majlis penyerahan watikah perlantikan Ahli JIK dan JTK dan majlis berbuka puasa bersama TNC HEPA,Ybhg.Profesor Madya Dr.Azarae Hj.Idris pada malam nie (28 ogos 2009)...untuk makluman pembaca,penulis juga bersama setiausaha JTK,akan berada di UMKL selama 2 hari dan insyaallah akan sampai ke UMNP pada pagi ahad. Sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini,hati yang ingin melakar beberapa linkungan pemikiran penulis semakin bersemangat..ditanbah pula akan dorongan sahabat-sahabat perjuangan..Alhamdulillah,kedatangan ramadhan ini membuatkan penulis terharu akan perasaan ramadhan..ya,semakin bertambah umur ini,dugaan&kenangan dalam memegang amanah ini bersama ANDA SEMUA menyebabkan ALLAH mendatangkan rasa keinsafan dalam diri ini. Namun tidak ketinggalan penulis akan melakar sedikit coretan untuk pengisian minda kita

.


Antara Kelmarin & Hari Mendatang

Kedatangan Ramadhan Mubarak ini membuat penulis ingin menkoreksi diri akan apa perlakuan kita di bulan-bulan sebelum ramadhan ini.Hidup anda di saat ini adalah diantara kelmarin dan hari mendatang. Jadi, segala yang telah berlalu boleh ditebus dengan Taubah (taubat), nadam (penyesalan) dan istighfar (meminta keampunan dari Allah). Dan ianya tidak akan memenatkan diri anda walaupun anda penat kan berpuasa ataupun dalam pengkerjaan anda, dan tidak memerlukan anda berhempas pulas seperti halnya jika anda seorang buruh kasar. Malah ianya adalah perbuatan hati. Oleh itu, untuk masa hadapan, (ia boleh di perbetulkan) dengan melindungi diri dari dosa iaitu mencegah daripada melakukan perbuatan maksiat. Melindungi diri ini hanyalah dengan meninggalkan (perbuatan dosa itu) dan berasa selesa tanpanya. Ini juga bukan perbuatan tubuh anda, yg memerlukan anda berusaha dan berhempas pulas. Malah ia adalah keteguhan pendirian dan niat di hati. Jadi untuk segala yang telah berlalu, betulkanlah dengan taubat. Dan untuk hari mendatang, betulkanlah ia dengan meneguhkan pendirian dan niat. Kedua duanya tidak mengenakan sebarang kesusahan dan keletihan pada tubuh.Mahu pun bayaran yang amat tinggi sebagaimana anda ingin menbeli sebuah kereta

Tetapi perhatian/ tumpun utama anda harus ditumpukan kepada masa kehidupan anda di saat ini - masa diantara dua masa. Jika anda membazirkannya, maka anda telah melepaskan peluang untuk menjadi dikalangan mereka yang beruntung,diselamatkan an alan ditempaykan di martabat yang terbaik. Jika anda menelitinya, setelah memerhatikan kedua dua masa tadi - masa yg sebelum dan selepas saat ini, seperti yg telah kita bicarakan - maka anda akan menjadi seorang yg berjaya dan anda akan mencapai kerehatan, kegembiraan dan nikmat yang kekal abadi. Tetapi, menjaganya lebih susah dari apa yg telah berlalu dari nya dan yg akan datang kemudian, kerana menjaganya memerlukan anda meletakkan hidup anda kepada perkara yang paling layak dan bermanfaat utk ruh & tubuh anda, dan itulah yg akan membawa anda kepada kejayaan.Yang pastinya.penulis dan semua para penbaca blog penulis ini akan mengharungi akan kesusahan dahulu sebelum mendapa akan kenikmatanNya.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan,"kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji..?.Al-Ankabut : 2

Dan barang siapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. Al Ankabut : 6

Semoga Ramadhan kali mendatangkan peluang dan kesempatan bagi kita yang memang telah dijanjikan akan kemulian dan kelebihannya..Terpulang pada kemahuan hati kita samaada ingin merebut ataupun tidak.Pepatah Melayu pernah menyebut..Hendak Seribu Daya,Tak Nak seribu Dalih.

Wallahuallam.



MANUSIA BANYAK BERSANGKA-SANGKA

Posted by an-nasr-as-solihin (ANAS) on Isnin, 3 Ogos 2009 , under , | ulasan (0)




Kata-kata Renungan :

(Manusia hari ini suka bersangka²) “Ada sangkaan baik”...”Ada sangkaan buruk”..Orang beribadah disangka riak - Orang yang relax disangka malas - Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk - Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) - Orang makan banyak disangka pelahap - Orang makan sikit disangka diet – 0rang bimbang disangka kalut -0rang bersungguh disangka melampau -Orang yang menegur disangka angkuh dan musuh -0rang yang tidak menegur disangka bijak dan her0 – 0rang berbisik disangka berahsia - 0rang bercakap disangka mengampu - Orang baik disangka buruk - Orang buruk disangka baik - Orang senyum disangka mengejek - Orang masam disangka merajuk - Orang bermuzakarah disangka mengumpat - Orang diam disangka menyendiri - Orang menawan disangka pakai susuk - Orang nampak ceria disangka membela - ......... MANA TAHU yang diam itu kerana berzikir kepada Allah mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya...

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis(mengingati anda).Apabila anda berbuat kebaikan,jangan disangka anda dapat balasan baik dengn cepat..tetapi..ia pasti berlari kepada amalan anda..Jangan diSANGKA akan keburukan akan hilang begitu sahaja..setiap perbuatan ada balasannya.


أحسب النّاس أن يتركوا أن يقولوا ءامنّا وهم لا يفتنون
"Apakah mereka menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji ?"

Jika yg diingini tidak diperolehi, bersyukurlah pada apa yg kita perolehi skrg nie..tetapi usaha dalam memperolehi hidayah dan rezeki ALLAH mesti berterusan..

*ISLAH kan diri kita akan musibah H 1 N 1...PERBAIKI LAH IBADAT KITA..Anda boleh dianggap lebih daripada sebagai “binatang” jika tidak ada setitik pun rasa keinsafan padaNYA.


Muhammad Nasrul Alam Bin Ash’ari

PRESIDEN,

JawatanKuasa Tindakan K0lej,

Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya Nilam Puri,

Sesi 2009/2010.